Plein air di Kg. Baru disertai oleh ahli Gangsta Watakala antaranya Abey Zoul, Jamal Tommy, Hisham Salmin, Kartunis Buloh, Sany Misnan dan Jejai. Lebih istimewa apabila Sifu Rafie Abd Rahman hadir untuk berkongsi tips dan ilmu. Perkongsian yang amat bermakna kepada setiap ahli yang hadir kerana Pak Rafie tidak keberatan untuk memberi ulasan jujur kepada setiap lukisan yang dilukis oleh kami.